Showing posts with label Entah. Show all posts
Showing posts with label Entah. Show all posts

Mimpi

masih lagi terasa kehangatan tubuh kau yang menyelimuti tubuh aku, meniup helaian rambut dari ubun hingga ke hujung, terlena dalam dakapan yang mengeratkan jantungku dan jantungmu, dan menenangkan kusut siangku saat kau bisikkan padaku 'i love you'..hingga aku tak mahu tersedar dari tidur.

kerana itulah mimpi paling indah sepanjang tidurku tadi.

Seksa

aku dah tak mampu mengembalikan diri aku kepada masa lalu
yang membuatkan aku jatuh, sungkur, lemah dan layu
walaupun bertahun telah aku tinggalkan, aku pergi, berlalu
rasanya seperti semalam aku di cincang, dihiris sembilu

sudah dua kali bumi mengelilingi paksi
namum aku berdiri bersama luka yang masih berdarah lagi
mendongak ke langit, berpandangan sangsi
bicara si langit jingga itu tidak di peduli 

biarlah hujung dunia itu berkakikan luna
biarlah tunjang bahagia itu derita
kerana tiap senyum dan air mata
bisa bergabung pada satu rasa

seksa.

Terima Kasih

harapan itu terlalu besar untuk di rangkul
setiap satunya paling susah mengilhankan indah
aku ini terlalu cela untuk di pandang agung
sandarharapan dua ibu dua bapa ini
tak sanggup untuk aku biarkan
apatah lagi pada mereka yang aku terkagumkan

rupanya ada yang sudi meninggikan biasa-biasa aku
di waktu aku tertundukkan oleh cela-cela aku

terima kasih kalian
hilang perkataan untuk di ucapkan.

Jahanam

dah aku nisankan cinta kita
apa yang menjelma cuma hantu
yang menggugat rapuh hati
untuk sekian lama aku gagahkan.

menzikirkan nama kau
adalah khurafat dalam hidup aku
haram di lidahku
makhruh di fikiranku

engkau jahanam!


Kipas Biru

cuba lihat kipas itu
yang penuh warna biru
menyampaikan angin
menyejukkan panasmu
yang tinggi setinggi tingkap
boleh dilihat walau di hendap
bertapak teguh, bergoyang tidak
sedia dilaras ikut kau hendak
plug in dia dalam hati kamu
pada bila masa kalau kau mahu

dan aku
seperti kipas itu
masih menunggu kamu
untuk mengfungsikan cinta aku

Cinta Mati

demi aku yang mencinta kau
sehingga aku mati

semoga aku mati
setelah aku kau cintai

Kau Pergi

bercawan teh aku minum
berkali sudah aku mandi
berlimbun buku aku baca
beribu puisi aku kaji
berputar mp3 aku dengari
sehingga terik mentari merubah langit
dari dasar aku menangga ke atas
masih saja tak kelihatan jelas

seolah aku yang mahu memanusiakan mimpi
untuk aku tatangkan hingga ke langit tinggi
tapi kau sahaja yang belum hadir
lengkapkan kimia, maka sila mampir

wahai inpirasi, mana kau pergi?

Kekasih Si Tulang Rusuk

kekasih seperti dia
kalau aku dapatkannya
akan aku jaga sepenuh cinta
akan aku buka depang ini serasa sayang
kerana dia selayaknya seperti seorang raja
dan aku bidadarinya
yang meringankan dada terbungkam
yang menghela nafas untuknya
kerana dia seharusnya setenang air di kolam

untuk dia sabar membentuk
aku yang sebagai tulang rusuk


untuk kau yang aku dah lama pendam rasa. cuma kau tak nampak aku kerana selalu lihat dia

Kau Juga Sama

kau cakapkan yang kau akan selalu ada
kau khabarkan pada aku yang kau takkan ke mana-mana
kau sebut satu persatu-satu kau akan cuba terima

dan aku percaya itu

aku percaya kau tak seperti apa yang kau katakan
hanya kerana aku yang semakin berubah
dek tingkah sahabat kau yang aku menyampah

sudahlah kawan
kau pun sebenarnya sama seperti mereka
yang aku tak perlu
kalau hanya mahu aku jatuh

Tak Malu

Puaskah bagi kau meratah pada kata
yang kau buahkan di pokok telinga mereka
untuk kau rasa hak engkau sebagai manusia
kecapi apa saja kau rasa bila kau berduit mewah?

Dasar manusia tidak punya malu

Seperti Aku

Seperti aku yang menggagahkan hati setia menanti
Memampukan mahumu sehingga ke realiti
Yang mengadakan aku bila kau tiada
Memenuhkan kau sayang saat kau kosong

Kerana aku mampu melengkapkan kau
Sekalipun cinta aku kau tak terpukau

Nanti Dulu

Kau tetap saja pergi
Hey, nanti dulu
Aku belum habis lagi
Bicara dengan kamu

Dan kau berlari-lari
Nanti dulu
Ada rahsia aku mahu bisik
Tentang hati dan rasa aku

"Nanti dulu
--

Jangan terus kata kau tak mahu aku
Sedang aku tergiankan kamu"

Pelacur

Aku seorang pelacur
Yang berwajah hodoh
Berjerawat penuh
Aku si kulit gelap
Badan tak mantap
Tak giur pun kalau dilihat

Aku yang keding
Berbadan keruping
Sakit terpaling
Eloknya tak mungkin

Ada nafsu pun tinggal sedikit
Yang lain entah mana merakit

Ya, aku ini pelacur
Kalau mahu
Hubungi aku


Oh, satu lagi
Aku ada banyak stok HIV
Siap mahu aku boleh kasi
FREE!!