Showing posts with label Sedih. Show all posts
Showing posts with label Sedih. Show all posts

Kudis

secawan teh di meja bulat.
di sertai wap panas berlegar di udara.
di temani keropok lekor yang panas.

aku yang duduk di kerusi itu sedikit pun tidak tergogda,
aroma makanan yang sememangnya menjadi kegemaran.
hilang nafsu untuk melahap.

jika aku paksakan makan,
umpama membiarkan kekasih lama menyentuh tiap inci kulit aku
dijamah rakus di waktu malam.

*tersentak*

ku renung kembali
secawan teh dan keropok lekor
bermasihkan wap panas,

di saat bersama dia yang masih kelihatan jelas.

Kan

aku pasakkan kekuatan
untuk membahagiakan
suatu keterpaksaan

semoga tuhan menghalalkan
tiap apa yang aku cuba lakukan

Penghinaan

dan itulah sebabnya kenapa aku benci diri aku..

baik mana pun aku
cantik mana pun aku
elok mana pun aku
pandai mana pun aku

tetap saja akan ada yang kata

betapa aku buruk
betapa aku hodoh
betapa aku teruk
betapa aku bodoh

dan orang-orang itu adalah orang-orang yang aku paling aku sayang...

Maafkan Aku

izinkan aku terus mencintaimu walaupun ku tahu cantik molek pekertiku takkan mampu memadam bencimu terhadap aku. bertahun sudah aku mencuba untuk tidak jatuh cinta pada kamu, arjuna ternyata salah; semakin lama semakin ada rasa cinta untuk kamu disana.

maafkan aku. aku tak bisa.

Pergi

bila aku bukanlah yang terbaik untuk kau rasa bersama
maka jangan tinggalkan aku bersama seribu duka dan air mata

Terpinga

kita kenal bukan lama
jumpa baru sekali dua
dalam facebook, gila-gila
tapi diam bila keluar sama
rasa kekok rasa tak biasa
padahal mesej cakap beriya
tapi kenapa
waktu ini sangat beza
aku segan..kau diam
aku cakap..kau marah
aku beri..kau tak nak

bila aku tak pernah minta
tapi kau terus tak suka

dan aku terpinga.

Aku Fitnahmu

aku adalah dalam suara sumbangmu
yang memfitnah cinta aku
memesong serong setiap ucap kata

membuat mereka takjub
dengan kehebatan mulutmu
dan engkaulah mambang dosa
meratah tiap indah rasa hati ku
sehingga kering dan kau biarkan gering....

kronik sangatkah diri kau
yang menjaja aku yang parah
hanya semata untuk raih bahagia
oleh setiap hati mereka yang mempercaya
dusta kamu tak kemana...
percayalah
suatu hari nanti
kau akan melutut pada aku
merayu pada sesuatu
yang tak mungkin ku mahu
iaitu
cinta kamu

Surreal

apa lagi yang boleh aku katakan
bila kau lafazkan kau sayang
kau akukan kau rindu
mencipta mimpi merangkai janji
dan aku hampa
kecewa
terluka

melihat status facebook kau
yang kini in relationship dengan dia

kau surreal!

Kau Tetap Pergi

Belajar merawat luka yang aku ciptakan sendiri
Mencuba mencari celah agar tak terhimpit sepi
Semoga aku tak kelam bersama gelap malam
Yang sentiasa bersama air mata berlinang

Bila kau tetap pergi saat aku mahu kau kembali
Selangkah tapak kau tak pernah menoleh lagi
Dan memori kita waktu bersama
Kau kuburkan bersama langkah yang kau cipta
Walhal aku di sini meronta-ronta
Kau terbit kembali
Bersama sinar cinta yang pernah aku miliki

Cuba Lihat Aku


cuba lihat aku
apa yang aku mampu
cuba ujar satu persatu
sebab aku tak tahu
apa yang aku mampu
untuk mengujarkan satu persatu
yang aku tak tahu
tentang apa yang aku mampu
sebab semua melihat aku
ada pada yang sesuatu
tentang aku punya itu
untuk aku maju
walhal aku tak tahu
apa yang mereka paku
pada hati aku yang beku

cuba lihat aku
apa yang aku mampu

Cuma Aku

menjahit perca hati yang terpecah
semoga tiada yang tahu tiap calit luka berdarah
mempersetankan dunia yang buta
mengejam rasa cinta juwa

kerana aku ada cuma aku
untuk setiap pelosok aku

Jeritan Melolong

dia menjerit melolong lagi
seperti di rasuk syaitan durjana
menangis teresak-esak gemuruhkan malam sunyi
tersedu sedan sehingga mata lena terpejam
di buai mimpi yang tak tahu mampu mengindahkan pagi esoknya

dan dia menjerit melolong lagi
menghentak buku lima ke dada terus
memekik pada cinta yang dah terang bersuluh tak kembali
sehingga dia rebah
sehingga dia kalah
sehingga dia pasrah

dan dia menjerit melolong lagi
tapi cuma dalam hati


dia dah terlalu malu
untuk menangis lagi

Aku Perempuan Itu

aku perempuan
yang tidak diadilkan
salahkah aku cuma ada
sekadar cinta buat dia?

aku perempuan
yang tidak ditinggikan
salahkah aku mencuba
meng-indah segala cela?

aku perempuan
yang tidak digagahkan
salahkah aku berdiam
untuk tidak menambah luka?

Biar Abai Lupa Terbang

Picisan kata ini tak ada makna
Apatah lagi mahu lafazkannya
Biarkan ia menjadi rahsia
Waktu ini dan selamanya

Aku tak mahu khabarkan
Betapa kosong hidup girang
Dengan polos warna rasa sayang
Tak mampu untuk aku simpan

Biarkan,
Abaikan,
Lupakan,
Terbang.

Cinta aku ini tidak akan ada maknanya
Setiap yang lahir dari aku tiada indah
Hakikat dah nyata untuk aku terima

Dia

Sejuk peluk tubuh
Angin cium pipi
Bantal rangkul badan
Mimpi dia datang

Malam aku zikir nama dia
Siang aku mimpi wajah dia
Petang aku bayang senyum dia
Pagi aku sebut nama dia

Masih dia
Dia lagi
Sampai bila
Harus begini?