Aku, Dia, dan Kamu

kerana perempuan cantik itu
kalau kau puja sehingga ke langit tinggi
sehingga titi pelangi mampu kau beli
bila cinta tak lekat di hati
dia takkan peduli
kau yang selama mana menanti
hanya untuk memiliki
cinta rupa hati

cuba kau buka mata
lihatkan aku yang berdiri disini
menantikan kau yang melangut jauh
kerana fikirkan dia
mungkin kerana badan dan rupaku tak jelita
kau abaikan
dan kau patahkan hati aku

cuba kau pandang aku
indahkan aku seperti kau lihat indahnya dia
cuba intai di raut tulisan ini
yang menyebarkan cinta di bait-bait kata
cinta untuk kau yang tiada hujung

biarkan kenangan aku berlalu
kerana aku mahu bersama kamu

0 comments: