Aku Fitnahmu

aku adalah dalam suara sumbangmu
yang memfitnah cinta aku
memesong serong setiap ucap kata

membuat mereka takjub
dengan kehebatan mulutmu
dan engkaulah mambang dosa
meratah tiap indah rasa hati ku
sehingga kering dan kau biarkan gering....

kronik sangatkah diri kau
yang menjaja aku yang parah
hanya semata untuk raih bahagia
oleh setiap hati mereka yang mempercaya
dusta kamu tak kemana...
percayalah
suatu hari nanti
kau akan melutut pada aku
merayu pada sesuatu
yang tak mungkin ku mahu
iaitu
cinta kamu

2 comments:

Penulis Hati said...

suatu hari nanti
pasti jadi.

kau tenang-tenang saja masa ini.
salam kenal ya tita jiwa sepi..

biELa said...

kalaupun terjadi, biarkan terjadi
tanpa aku sedari

ya,
salam perkenalan :)