Wahai Kekasih
wahai kekasih,
bolehkah kiranya aku
cuba menumpang seinci
dari setengah kebahagiaan kau
untuk aku bernafas
dan di ilhami pelbagai kata
walaupun cuma
sekeping bingkai memori lama
yang berdebu dan juga
pudar warnanya?
wahai kekasih,
izinkan aku mengintai kamu
dari tingkap imbasan
di waktu kita bersama
kerana aku rindukan
pandangan, senyuman
dan gelak tawa yang menggembirakan
walaupun diriku ini
sudah kau lupakan.
wahai kekasih,
picisan kata ini
bukan untuk mengatakan
aku masih cinta
tapi mencipta bahagia
dari luka dan duka
yang pernah aku ada
9:00 PM
|
Labels:
Rindu
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment